Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mengumumkan bahawa pihaknya akan menyemak akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejak penubuhannya pada 2009.

Beliau juga berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan disoal jika diperlukan.

“Jika perlu (Najib boleh disoal), itu juga apa yang dikatakan oleh pihak polis,” katanya ketika menjawab soalan.