Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ramai muntah dalam pesawat AirAsia tertunda
Diterbitkan:  Mar 10, 2015 1:31 PM
Dikemaskini: 2:45 PM

Pesawat penerbangan jarak jauh AirAsia X dari Sydney ke Kuala Lumpur dilencongkan di lapangan terbang Melbourne selepas mengalami masalah teknikal.

Sistem pengendalian dan paparan peta pesawat itu gagal berfungsi, agensi penyiaran negara itu ABC Online memetik pihak berkuasa Australia.

Seorang jurucakap Perkhidmatan Udara Australia dilaporkan berkata juruterbang mengambil keputusan mendaratkan pesawat XAX223 sebagai langkah berjaga-jaga.

Technical problems with @AirAsia X flight 223's navigation systems forced pilots to divert to Melbourne. #9News pic.twitter.com/GexPd5ak8X

— Nine News Sydney (@9NewsSyd) March 10, 2015

Pesawat itu, yang berlepas tengah hari waktu Sydney selamat mendarat jam 2 petang di Melbourne (11 pagi waktu Malaysia).

Sewaktu tiba di sana, ramai penumpang berasa tidak sihat dan muntah-muntah setelah berada di dalam pesawat kira-kira tiga jam, lapor portal 9News.com .

Mereka tidak dibenarkan meninggalkan pesawat, yang berada di atas landasan, walaupun meminta berbuat demikian berkali-kali sewaktu pemeriksaan teknikal dijalankan.  

Portal itu melaporkan sistem pendingin hawa dimatikan yang menyebabkan keadaan panas di dalam pesawat tersebut.

Pesawat AirAsia XAX223 kemudian berlepas ke Kuala Lumpur pada jam 5.15 petang (2.15pm waktu Malaysia) selepas tiga jam tergendala, lapor portal 9News.com lagi.

Seorang jurucakap syarikat itu menegaskan pendaratan itu hanya "lencongan berjaga-jaga dan bukannya pendaratan cemas" seperti dilaporkan media.

. @AirAsia confirms flight 223 from Sydney to KL made precautionary diversion not emergency landing at @Melair due to technical issue. #9News

— Nine News Sydney (@9NewsSyd) March 10, 2015

Lihat Komen
ADS