MCA mahu polis menyiasat Twitter yang mengajak Melayu dan Cina berperang, dan menyiasat sekiranya individu terbabit mempunyai kaitan dengan kumpulan militan IS.

Pengguna akaun tersebut, antara lain, mendakwa orang Melayu perlu "bangkit untuk berperang" dengan Cina, dan menghalalkan pertumpahan darah kaum itu.

Ahli jawatankuasa MCA Datuk Ti Lian Ker berkata pemegang akaun twitter otu sepatutnya ditahan serta merta dan disiasat bawah Akta Hasutan 1948, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, dan Seksyen 503 dan 504 Kanun Keseksaan.

Ini kerana, seruan pengguna akaun itu yang menggunakan nama @WanKhairulIV, secara jelas mengancam keselamatan negara, kata beliau lagi.

[Baca berita asal]