Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bung: Doa Umno musnah, stadium Kelantan banjir

Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu dilanda bah "buat pertama kali sejak ratusan tahun" kerana PAS pernah mendoakan Umno hancur di situ, kata Bung Moktar Radin.

Ahli parlimen Umno itu merujuk doa yang pernah dibacakan oleh seorang pemimpin PAS pada 2012 dan banjir besar yang melanda Kelantan tahun lalu.

"Mana ada ajaran Islam, sesama Islam, kita doakan (kehancuran), doakan Umno hancur di stadum Sultan Muhamnad IV.

"Doa... tiba-tiba banjir melanda," katanya ketika membahaskan titah ucapan diraja di Dewan Rakyat hari ini.

"Stadium ini, Tan Sri, tidak pernah dilanda banjir beratus-ratus tahun tetapi selepas doa itu, (doa) menghancurkan umat Islam yang lain, maka dikembalikan oleh Allah doa itu kepada mereka yang mendoakan kehancuran orang lain."

Beliau bagaimanapun tidak menamakan pemimpin yang berdoa itu dan lafaznya.

Pada November 2012, selepas solat hajat bersempena muktamar PAS di bandar itu, Nik Razi Nik Mat dilaporkan berdoa supaya Allah memusnahkan Umno dan BN sebagaimana Allah musnahkan Firaun, Qarun dan Namrud serta Abu Lahab.

Adik bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu yang mengetuai solat hajat di stadium berkenaan berdoa demikian atas dakwaan parti-parti itu zalim kepada Islam, rakyat dan Kelantan, lapor Utusan Malaysia.

Doa yang disebut Nik Razi antaranya: "Ya Allah... Hukumkanlah Umno dan BN. K.O. BN, K.O. BN, BN K.O., BN K.O. dalam pilihan raya umum ke-13 ini, ya Allah."

Lihat Komen
ADS