Hartawan muda itu begitu menonjol selepas dilaporkan berparti dengan selebriti Hollywood seperti Paris Hilton.

Beliau juga rapat dengan  keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Di Malaysia, taikun kelahiran Pulau Pinang itu terpalit di tengah-tengah kritikan terhadap syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Lelaki itu, Jho Low bagaimanapun mengeluh berhubung kesan buruk padanya akibat perseteruan politik Malaysia.

“Saya rasa saya mangsa serang menyerang dalam politik Malaysia, yang semakin polarisasi.

"Saya jadi sasaran,” katanya kepada South China Morning Post di Hong Kong.

Low, atau nama sebenarnya Low Taek Jho, berkata beliau tiada kuasa dalam syarikat milik kerajaan Malaysia itu.

“Keputusan perniagaan 1MDB akhirnya diputuskan dan diluluskan selaras dengan kerangka pentadbiran korporatnya, iaitu pengurusan, lembaga dan pemegang saham.

“Jadi kenapa politikkan dan cuba salahkan semuanya pada saya ketika saya tiada kuasa membuat keputusan?” soalnya.

[Baca berita asal]