Artis tampal tuala wanita di serata bandar
Seorang penggiat seni memilih cara pelik untuk menyampaikan mesej perjuangan hak wanita, dengan menulis di tuala wanita yang ditampalkan di serata tempat di sebuah bandar Jerman.
'Elonë' memuatkan gambar-gambar itu di media sosial Instagram dan Tumblr bagi merakamkan projeknya di Karsruhe, sebuah kota di barat daya negara itu, lapor portal The Independent .
Artist sends out strong feminist message in an unsual but brilliant way http://t.co/rS5B1xQimo pic.twitter.com/Mre9AJmXqe
— The Independent (@Independent) March 11, 2015
Sejak gambar-gambar itu dimuatnaik bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia 8 Mac lalu, beribu-ribu pengguna Internet mengedarkan imej-imej tersebut dan memperkatakannya.
Siri-siri gambar itu terilham daripada tweet seorang bernama @cutequeer96 pada September lalu, yang berbunyi: "bayangkan jika lelaki berasa jijik dengan rogol sebagaimana mereka rasa jijik pada haid".
Laman web Bored Panda pula melaporkan seniman Jerman itu bertujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat bahawa "feminisme bermakna kesetaraan, bukan membenci lelaki".
Elonë menggesa sesiapa yang berminat dengan projek seumpama itu agar menyebarkan foto-foto yang membawa mesej perjuangan wanita.

