Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kisah temujanji Zahid naik motor Scrambler
Diterbitkan:  Mar 14, 2015 12:54 PM
Dikemaskini: 5:02 AM

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempamerkan sisi santainya dalam satu seminar pengurusan kewangan apabila berkongsi pengalamannya menguruskan kewangan peribadinya sewaktu memulakan kerjaya dalam bidang perbankan sekitar tahun 70-an.

Zahid berpesan kepada hadirin agar berhati-hati dalam menguruskan hutang dan apabila membuat keputusan untuk memohon pinjaman.

Secara berseloroh, Zahid 'mengaku' terpaksa meminjam dari tiga koperasi sewaktu hendak melangsungkan perkahwinan.

"Saya pinjam dari tiga koperasi. Anak dah tiga pun tak habis lagi (bayar pinjaman)," katanya mengundang ketawa hadirin program “Pengurusan kewangan - Merancang kembali kewangan anda”.

Namun kata Zahid, beliau bersyukur kerana teman wanitanya pada masa itu yang kini merupakan isterinya, tidak kisah keluar bertemu janji hanya seminggu sekali dengan menaiki motosikal Scrambler miliknya.

Menurut Zahid, nilai sebenar kekayaan seharusnya diukur daripada segi keberkatan harta seseorang individu.

"Nilai sebenar kekayaan milik kita adalah keberkatan - sejauh mana kekayaan itu membawa manfaat kepada orang lain," katanya sewaktu berucap di program anjuran Pemuda Umno di Shah Alam itu, pagi ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS