1MDB tak pinjam RM2b duit Ananda Krishnan
1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak meminjam sebarang wang daripada hartawan Ananda Krishnan untuk menyelesaikan hutangnya, kata Kementerian Kewangan.
Jawapan bertulis Parlimen dikeluarkan bagi menjawab soalan Tian Chua (PKR-Batu) berhubung dakwaan pinjaman daripada Ananda itu.
Jawapan bertulis pada Rabu itu menyatakan bahawa laporan berkaitan tidak benar.
1MDB sebelum ini didakwa menerima RM2 bilion daripada Ananda untuk menyelesaikan hutang kepada CIMB dan Maybank.
Pengarah eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy juga sebelum ini menolak dakwaan itu sebagai spekulasi dan khabar angin semata-mata.
Jawapan bertulis juga menyebut bahawa 1MDB mengeluarkan wang US$2.318 bilion dalam simpanan luar pesisir di kepulauan Cyamen dalam dua trance – yang pertama digunakan untuk membayar semula hutang.

