Aktivis pelajar Adam Ali Abd Halim dan pegawai BERSIH Mandeep Singh Karpal Singh hari ini ditahan polis selepas terlibat dalam perhimpunan Kita Lawan di Kuala Lumpur hari ini.

Gambar penahanan itu dimuat naik oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Teja) Chang Lih Kang sebentar tadi.

Kedua-dua mereka dikatakan dibawa ke lokap balai polis Jinjang, tidak jauh daripada tempat itu.

@AdamAdli & @mandeepkarpall terus dibawa ke lokap Jinjang. #KitaLawan pic.twitter.com/itqDcuYfwY

— Akmal Nasir (@akmalnasir) March 14, 2015

Rakan-rakan rapat Adam dan Mandeep ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Selepas perhimpunan besar Kita Lawan minggu lepas, ia dirancang menjadi acara mingguan, walaupun kehadirannya dijangka jauh lebih kecil.

Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong juga ditahan polis hari ini.

Bagaimanapun ia berkaitan perhimpunan Kita Lawan minggu lepas.