Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Putrajaya haram buku '50 Shades of Grey'
Diterbitkan:  Mar 16, 2015 4:23 PM
Dikemaskini: 9:57 AM

Tiga buku oleh pengarang EL James  dilarang terbit kerana mengandungi unsur yang boleh memudaratkan moral masyarakat negara ini.

Penerbitan itu bertajuk 'Fifty Shades of Grey', 'Fifty Shades Darker' dan 'Fifty Shades Freed' yang diterbitkan Vintage Books, (satu divisyen bawah Random House Inc), New York.

Larangan dikeluarkan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri.

Setiausahanya Hashimah Nik Jaafar berkata penerbitan tersebut mengandungi unsur lucah yang bersandarkan perilaku seks antara lelaki dengan perempuan tanpa plot penceritaan positif yang jelas.

Larangan berdasarkan Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, katanya dalam satu kenyataan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS