Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya telah membersihkan hartawan Tong Kooi Ong daripada dakwaan bahawa dia cuba untuk mendapat keuntungan dengan memanipulasikan ringgit.

 

Ditanya kemajuan siasatan terhadap Tong, Najib tidak menjawab soalan itu atau menyebut Tong, tetapi sebaliknya memberi jaminan Malaysia tidak terancam oleh cubaan untuk memanipulasi mata wang.

Beliau juga berkata jumlah dagangan ringgit di pasaran pertukaran asing, ialah pada purata AS$11.8 bilion (RM43.70 bilion) sehari pada 2014.

 

Oleh itu, katanya, berdasarkan jumlah transaksi yang begitu besar itu, kemungkinan bagi seorang individu untuk mempengaruhi nilai ringgit adalah amat kecil.

Najib berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Lim Lip Eng (DAP-Segambut) hari ini.

 

Tong, yang memiliki The Edge Media Group berdepan dengan tuduhan itu sejak akhir bulan Januari yang dia sedang cuba untuk menurunkan nilai ringgit untuk keuntungan pelaburannya sendiri.

Dia dituduh menggunakan empayar medianya untuk menyiarkan berita negatif tentang 1Malaysia Development Bhd untuk menurunkan nilai ringgit.

Antara syarikat-syarikat dalam The Edge Media Group termasuk harian kewangan The Edge dan portal berita dalam talian, The Malaysian Insider.

Tong menafikan semua dakwaan tersebut yang dibuat oleh blog tanpa nama.

[Baca berita penuh/asal]