Setiausaha agung PKR, Rafizi Ramli mendakwa, jet eksekutif baru yang diperolehi kerajaan untuk kegunaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melibatkan kos sewa beli sebanyak RM465 juta.

Rafizi dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini untuk menunjukkan dokumen didakwa sebagai dokumen sewa beli untuk pesawat Airbus ACJ320 itu daripada syarikat Jet Premier One.

Katanya, dokumen tersebut menunjukkan bahawa sewa beli itu melibatkan kos RM399 juta, yuran perkhidmatan RM1 juta dan bayaran deposit RM65 juta.

“Kerajaan Malaysia akan membayar ansuran sebanyak USD679,984 sebulan bersamaan RM2.217 juta sebulan selama 15 tahun untuk melangsaikan baki hutang,” kenyataannya dipetik.

Katanya, pembelian itu menimbulkan risiko sekiranya kerajaan Malaysia menanggung penyusutan matawang sepanjang tempoh 15 tahun itu.

“Dalam keadaan nilai matawang Ringgit Malaysia turun seperti sekarang, Kerajaan Malaysia akan membayar lebih untuk menanggung kerugian akibat nilai matawang Ringgit Malaysia yang jatuh,” katanya lagi

[Berita penuh menyusul]