Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ku Li: K'jaan sebelum ini telus isu surat jaminan

MP Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan bahawa kerajaan sebelum ini sentiasa mendedahkan apa-apa surat jaminan ataupun apa-apa usaha melibatkan hal kewangan ke parlimen.

Bekas menteri kewangan itu berkata, perkara itu sentiasa diamalkan semasa beliau menjawat jawatan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika menjawab celahan Rafizi Ramli (PKR-Pandan) semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Tengku Razaleigh ditanya sekiranya tindakan kerajaan yang tidak telus mengenai surat sokongan RM11 bilion untuk bon 1Malaysia Development Bhd (1MDB) merupakan tindakan wajar.

"Ini satu perkara baru bagi saya. Sepanjang pengetahuan saya, surat jaminan atau apa-apa instrumen dukungan, apa-apa yang berkait dengan kewangan, sentiasa dibentangkan di Parlimen,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa keadaan ekonomi negara ini dalam keadaan terdesak dan mengulangi gesaan agar pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS