Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Amaran PRS pada BN: Jangan sokong hudud
Diterbitkan:  Mar 22, 2015 2:13 PM
Dikemaskini: 6:17 AM

Parti Rakyat Sarawak (PRS) menegaskan tidak akan bersama BN jika gabungan parti pemerintah itu mahu menyokong rang undang-undang berkaitan hudud yang mahu dibentangkan di Parlimen oleh PAS.

“Pendirian parti kami adalah menentangnya,” kata Presiden PRS Tan Sri James Masing ( kiri ) mengulas usaha Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentangkan RUU berkaitan dalam sidang parlimen sekarang.

Khamis lepas, kesemua 44 orang anggota Dewan Undanagan Negeri (ADUN) di Kelantan, termasuk BN, sebulat suara menyokong rang undang-undang pindaan ke atas Kanun Jenayah Syariah II.

Masing bagaimanapun menegaskan bahawa enam anggota Parlimen mereka tidak akan menyokong usaha sama jika dibawa ke peringkat Dewan Rakyat.

Menteri kanan dalam kabinet Sarawak itu juga berkata undang-undang itu tidak selari dengan perlembagaan persekutuan dan masyarakat pelbagai agama.

“Kamu tidak patut paksa orang lain percaya apa yang kamu percaya,” katanya.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS