Paulsen ditangkap lagi kerana Twitter
Pengamal undang-undang Eric Paulsen ditahan sekali lagi bawah Akta Hasutan 1948 di Kuala Lumpur ekoran tulisan di Twitter, kata peguamnya Melissa Sasidaran.
Melissa berkata polis tampil untuk menahannya dalam sebuah program seni Art For Grabs dan merampas telefonnya.
Melissa juga berkata Paulsen akan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi untuk disiasat.
Police are here at #ArtForGrabs to arrest @EricPaulsen101 and confiscate his phone.
— Melissa Sasidaran (@melissa_ms) March 22, 2015
Sebab sebenar penangkapannya setakat ini masih belum jelas, tetapi dipercayai berkaitan dengan tulisan di Twitter berkaitan hudud.
Paulsen sebelum ini ditahan kerana menulis tweet mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebarkan ekstremisme setiap Jumaat.
Kontroversi timbul selepas beliau dianggap sebagai menghina khutbah Jumaat.

