K'jaan mohon bajet tambahan RM2.39b
Diterbitkan: Mar 23, 2015 11:42 AM | Dikemas kini: Mar 23, 2015 2:08 PM
Kerajaan membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) bagi memohon belanjawan tambahan kedua untuk tahun ini, kali ini berjumlah RM2.2 bilion.
Rang undang-undang itu dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Daripada jumlah RM 2.2 bilion kali ini, sebanyak RM 1.2 bilion diperuntukkan bagi Perbendaharaan, RM428 juta untuk Kementerian Pendidikan dan RM287 juta untuk Jabatan Perkhidmatan Awam.
Kerajaan memohon bajet tambahan RM4.1 bilion untuk bajet 2014 pada Jun tahun lalu.

