Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

DAP mendedahkan minit mesyuarat Pakatan Rakyat yang menunjukkan presiden PAS telah berjanji untuk merujuk gabungan pembangkang sebelum membentangkan rang undang-undang persendirian hudud.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh ketua pembangkanng Datuk Seri Anwar Ibrahim, dua hari sebelum beliau dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat.

Selepas mendedahkan minit mesyuarat tersebut, setiausaha organisasi DAP Anthony Loke berkata:

"Kita ingat Hadi, sebagai seorang pemimpin yang dihormati, boleh memegang janji tetapi kini jelas daripada tindakannya dia tidak (berpegang pada janji)."

Beliau yang juga MP Seremban berkata menghantar notis berkaitan undang-undang hudud pada 18 Mac dan langkah itu "mengejutkan" DAP, PKR dan beberapa pemimpin PAS.

"Hadi bertindak sendirian dan sekarang kami mempersoal jika beliau masih komited dengan Pakatan Rakyat," kata Anthony.

Beliau berkata tindakan Hadi itu juga "sama sekali mengabaikan" keputusan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Seramai 30 pemimpin Pakatan - 10 PKR, 11 PAS dan 9 DAP, hadir dalam mesyuarat itu di ibu pejabat PAS  termasuk Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

[Baca berita asal]

 

Lihat Komen
ADS