Pemimpin PAS menyifatkan idea pemimpin popular Lim Kit Siang untuk membentuk gabungan baru dalam politik Malaysia sebagai “tidak masak”.

“Keseluruhan isu belum dibahaskan secara sihat,” kata Anggota Parlimen PAS Mujahid Yusof Rawa ketika diminta mengulas perkara itu.

Lim tampil dengan usul itu ketika keretakan besar berlaku dalam Pakatan Rakyat yang berpunca daripada usaha PAS melaksanakan hudud di Kelantan.

Sementara itu, pemimpin-pemimpin DAP dan PKR, bersetuju bahawa sebarang keputusan ke arah “penyusunan semula” harus mengambil kira pendirian Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkaitan hudud.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata beliau sedang “tunggu dan lihat” sama ada BN akan berpecah susulan pendirian Najib nanti.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menyerahkan rang undang-undang persendirian di Parlimen untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 untuk membuka jalan ke arah pelaksanaan hudud.

BN belum menyatakan pendiriannya walaupun pindaan enakmen hudud di Kelantan baru-baru ini diluluskan dengan sokongan sebulat suara, termasuk oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu sendiri.

Sementara itu, Setiausaha Penganjur DAP Anthony Loke berkata sebarang pembentukan gabungan politik baru bergantung sama ada Najib menyokong enakmen hudud.

Beliau juga menegaskan bahawa kenyataan Lim sebagai “pandangan peribadi”, seperti ditegaskan pemimpin itu sendiri.

[Baca berita asal]