Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

DAP mungkin mengambil tindakan undang-undang susulan kelakuan pegawai polis yang menahan lebih 80 orang peserta protes Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di pejabat kastam di Kelana Jaya hari ini.

Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata laporan polis akan dibuat terhadap layanan terhadap beberapa anggota Parlimen yang hadir dalam acara nyalaan lilin tanda setiakawan dengan pihak ditangkap semalam.

“Kami akan buat laporan polis hari ini, dan kemudian ambil tindakan undang-undang,” kata Ramkarpal sambil berkata terdapat alasan kukuh untuk memulakan kes itu.

Ahli-ahli parlimen Pakatan mengutuk tindakan terhadap rakan-rakan mereka dalam bantahan GST semalam.

Dua wakil rakyat Pakatan - Dr Michael Jeyakumar (PKR-Sungai Siput) dan Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) ditahan di balai polis Shah Alam susulan bantahan mereka di kompleks Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Sementara itu, sekurang-kurangnya empat lagi rakan mereka dikatakan dikasari anggota polis sewaktu berada di luar balai polis Kelana Jaya, tempat lebih 80 aktivis anti-GST ditahan.

Semua ahli parlimen itu daripada DAP: Alice Lau (Lanang), Julian Tan (Stampin), Steven Sim (Bukit Mertajam) dan Charles Santiago (Klang).

Lihat Komen
ADS