Nancy: Hudud tak akan dapat dilaksana
Diterbitkan: Mar 24, 2015 2:44 PM | Dikemas kini: Mar 24, 2015 2:47 PM
Menteri undang-undang Nancy Shukri berkongsi pandangan dengan rakan sejawatnya Datuk Seri Nazri Aziz yang melihat hudud tidak akan dapat dilaksanakan di negara ini.
Nancy berkata beliau bersetuju dengan Nazri kerana undang-undang itu sukar untuk diketengahkan.
Bercakap di lobi Parlimen hari ini, beliau juga membangkitkan kemungkinan berlaku pendakwaan berganda bawah hudud dan undang-undang sivil.
“Banyak peruntukan sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan, ia perlu dikaji semula jika hudud dibenarkan lulus,” katanya.
Nazri ( kiri ) semalam dilapor berkata hudud tidak akan dapat dilaksanakan di negara ini dan menyifatkan pihak yang membincangkannya sebagai "bodoh".
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.