Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyelar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana dilapor menggelar aktivis penentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang berhimpun di pejabat kastam di Kelana Jaya, Kuala Lumpur sebagai “ barbaric ” (orang gasar).

“Kami berjalan secara aman ke dalam pejabat, langsung ke kaunter penerangan.

"Tetapi malangnya polis yang bertindak secara barbaric , tarik dan tolak ramai orang untuk menangkap mereka,” kata Bendahari PSM A Sivarajan.

Menceritakan semula keadaan semalam, beliau berkata pintu kaunter penerangan ditutup dan pasukan antirusuhan mengawal pintu masuknya.

“Apa gunanya ada kaunter penerangan apabila ia berkunci dan dikawal oleh polis antirusuhan lengkap berperisai dan belantan.

“Siapa bertindak secara tidak munasabah, polis atau kami?” katanya.

The Star semalam melaporkan Khalid menggelar kumpulan yang berhimpun di pejabat kastam sebagai "barbaric”.

Beliau membangkitkan kenapa kumpulan itu perlu memecah masuk ke pejabat kerajaan jika mereka benar mahu meluahkan perasaan tidak puas hati dan mahu soalan mereka dijawab.

[Baca berita asal]