Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kebocoran surat Zahid bela raja judi disiasat

Menteri dalam negeri berkata polis sedang menyiasat kebocoran suratnya kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) untuk membela raja judi Paul Phua di sebuah mahkamah di Amerika Syarikat.  

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa surat tersebut bukan untuk diketahui orang ramai atau diterbitkan di Internet.

Beliau menyifatkan pembocoran itu "perbuatan tidak amanah" dan menegaskan mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan.

Zahid berkata polis sedang meneliti perkara itu dan akan bertindak terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Beliau bagaimanapun tidak menyentuh berhubung pendedahannya sebelum ini bahawa surat serupa turut ditulis oleh menteri lain, walaupun berkata akan memberikan butiran lanjut di Parlimen.

Zahid juga menjelaskan bahawa semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ketika surat itu dikeluarkan mendapati Phua masih warganegara Malaysia dan tidak memohon melepaskan kerakyatan.

Laporan sebelum ini menyebut dia turut memegang pasport San Marino, sebuah negara di Eropah.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS