Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PKR memfailkan satu usul tergempar bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk membahaskan mengenai tindak-tanduk Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan seterusnya memecatnya kerana penggunaan Akta Hasutan terhadap anggota parlimen.

Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) memfailkan usul tersebut hari ini di pejabat Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Sehingga kini, seramai 36 anggota parlimen, pensyarah, mahasiswa dan aktivis sosial telah didakwa, ditahan dan disoasiasat oleh polis dengan menggunakan Akta Hasutan," katanya dalam usul itu.

Beliau berkata nama baik Malaysia boleh "terjejas" sekiranya Khalid meneruskan mengetuai pasukan keselamatan itu.

Pandikar akan memutuskan usul itu esok atau minggu depan sama ada ia boleh dibahaskan atau tidak.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS