Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan bayaran komisyen dan fi kepada bank pelaburan Goldman Sachs untuk menerbitkan tiga bon bagi anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dalam satu jawapan bertulis di Parlimen, Najib berkata bayaran untuk penerbitan bon pada 2012 dan 2013 itu adalah wajar.

Najib berkata, jumlah itu selari dengan saiz terbitan bon tersebut, tempoh serta kecairannya.

Dalam jawapannya kepada MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua itu, Najib bagaimanapun tidak mengulas mengenai jumlah “fi dan token” yang diraih oleh Goldman Sachs dalam inisiatif tersebut, yang masing-masing melibatkan dana AS$3 bilion, AS$1.75 bilion, and AS$1.75 bilion.

Bon itu diterbitkan untuk 1MDB Global Investment, 1MDB Energy, dan 1MDB Energy (Langat) Limited.

Ia bagi menjawab tuduhan bahawa komisyen yang dibayar kepada Goldman Sachs lebih tinggi daripada kadar pasaran untuk terbitan bon.

Pua sebelum ini mendakwa, 1MDB membayar komisyen besar kepada Goldman Sachs, termasuk AS$350 juta untuk mendapatkan jaminan pinjaman.

Najib bagaimanapun berkata, jumlah yang tidak didedahkan itu berdasarkan harga diskaun ke atas bon yang diterbitkan dan juga mengambil kira risiko kredit bon terbabit.

Katanya, perbezaan di antara bon yang diterbitkan dan juga jumlah hasilnya bukan hanya hanya melibatkan fi perkhidmatan tetapi juga tempoh yang masih berbaki untuk bon berkenaan.

Lihat Komen
ADS