Pejabat PM nafi Najib keluar kenyataan hudud
Diterbitkan: Mar 26, 2015 9:32 PM | Dikemas kini: Mar 27, 2015 9:09 AM
Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan Datuk Seri Najib Tun Razak ada mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai pelaksanaan hukum Hudud.
Perkara itu dijelaskan melalui laman Twitter 'Msia PM Press Office' @PMOMalaysia.
"Pejabat PM ingin menafikan bahawa PM @NajibRazak telah mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang pelaksanaan hukum Hudud hari ini", katanya.
Menurutnya, paparan kenyataan kononnya oleh Najib yang tersebar dalam aplikasi 'Whatsapp' dan media sosial mengenai perkara itu adalah palsu.
- Bernama
Kepingan gambar kenyataan yang tersebar dalam whatsapp dan media sosial (rujuk kepada gambar) adalah palsu. 2/2 pic.twitter.com/E08IXNFai5
— Msia PM Press Office (@PMOMalaysia) March 26, 2015

