Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
GST: Tiru macam Mydin, kata menteri
Diterbitkan:  Mar 29, 2015 8:15 PM
Dikemaskini: Mar 30, 2015 3:39 AM

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menggesa peniaga mencontohi syarikat runcit besar Mydin yang memutuskan untuk menyerap enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

“GST sistem yang boleh claim cukai input 6 peratus. Kos niaga turun 6 peratus. SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) tidak.

"Peniaga baik macam Mydin boleh serap GST 6 peratus itu!” tulisnya di Twitter.

Gerenti Semua Tanggung.GST 6% Mydin bayarkan.Harga tak naik! Peniaga boleh claim cukai input.GST lebih baik drpd SST! pic.twitter.com/HKxiSw76k9

— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) March 29, 2015

Beliau juga memuat naik gambar iklan Mydin yang menyebut bahawa mereka akan membayar kesemua enam peratus GST yang dikenakan kepada pembeli.

Ia memuatkan slogan “gerenti semua MyMydin tanggung”, “harga tak naik” dan “6 peratus GST kami bayar”.

Anggota Parlimen Pontian itu juga memuat naik beberapa status lagi bagi mewajarkan pelaksanaan GST bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan bermula Rabu ini.

Tindakannya itu dilihat sebagai kempen di saat-saat akhir menjelang dua hari lagi GST diperkenal, lebih-lebih lagi ketika pelbagai pihak terus menyatakan bantahan mereka terhadap cukai itu.

Ya betul..tolak dulu SST 5/6/10% dulu dlm harga barang & perkhidmatan barulah dicampur dgn GST 6% utk harga sebenar!! pic.twitter.com/sdkb7B7o5j

— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) March 29, 2015

Lihat Komen
ADS