Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Malaysiakini kutuk penahanan lima editor
Diterbitkan:  Mar 31, 2015 1:00 PM
Dikemaskini: 8:48 AM

Malaysiakini mengutuk sekeras-kerasnya penahanan editor dan penerbit portal berita The Malaysian Insider yang didakwa menyiarkan satu laporan yang salah.

Tindakan ini jelas merupakan satu serangan ke atas kebebasan media dan mencacatkan janji transformasi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walaupun kebebasan media tidak membenarkan pertubuhan berita menerbitkan artikel palsu, tetapi ia tidak memberi justifikasi untuk menangkap dan menahan reman editor dan wartawan.

Pihak polis, boleh menjalankan siasatan mereka tanpa perlu mengambil tindakan drastik seumpama itu.

Melainkan, ini merupakan perancangan jahat oleh pihak berkuasa untuk menakut-nakutkan dan menghalang tugas wartawan.

Sedangkan, para wartawan ini berfungsi untuk memantau dan memastikan pihak berkuasa bertanggungjawab dalam tindakan mereka.

Kaedah tidak berhati perut dan penyalahgunaan jentera kerajaan seperti ini menunjukkan sikap rejim autoritarian untuk menutup mulut golongan yang berbeza pandangan.

Tindakan keras seperti ini biasanya dijalankan dengan alasan mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam. Rakyat Malaysia mesti bersatu untuk menumbangkan rancangan tersembunyi seperti ini.

Kami tak sepatutnya diganggu

Malaysiakini mendesak agar para editor The Malaysian Insider dibebaskan segara.

Kami turut memuji ketua eksekutifnya, Jahabar Sadiq yang berikrar bahawa portal berita itu tidak akan tunduk dengan serangan terbaru ke atas media ini.

Sejak mula ditubuhkan pada 1999, Malaysiakini sering kali berdepan dengan tekanan daripada kerajaan.

Pejabat kami juga sudah banyak kali diserbu polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Tahun lalu, wartawan kami turut ditahan bawah Akta Hasutan.

Bagaimanapun, kami tetap cekal, berkat sokongan tulus dari rakyat Malaysia.

Oleh itu, kami menggesa semua rakyat Malaysia dan pengamal media untuk menyokong The Malaysian Insider ketika mereka mengharungi saat penuh gelita ini.

Lagi pun, jika seorang daripada kita dicubit, kita semua akan terasa.

Inilah, masanya bagi wartawan berganding bahu dan menyatakan sikap yang jelas kepada pihak berkuasa bahawa sesungguhnya mata pena lebih perkasa dari mata pedang.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS