Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat gagal mengunjungi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara Sungai Buloh hari ini.

Tiga daripada 10 wakil rakyat pada awalnya dibenarkan masuk untuk berunding dengan pihak berkuasa penjara tetapi mereka gagal mendapat keizinan.

Menurut jurucakap mereka, wakil rakyat PKR Bayan Baru, Sim Tze Tzin, berkata mereka telah memohon  dua minggu lalu untuk bertemu dan berbincang dengan Anwar hal-ehwal parlimen tetapi surat mereka tidak dijawab.

"Biasanya kami ada pertemuan sebelum mesyuarat berhubung isu berkaitan parlimen. Bagi sesi ini, kami mahu input daripada beliau antaranya mengenai GST, rang undang-undang perbekalan tambahan dan Akta Pencegahan Keganasan," katanya kepada pemberita.

MP Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata pihak penjara hari ini sekali lagi menolak permintaan, selepas mereka mengadakan perbincangan ringkas Pengarah Penjara Sungai Buloh  Narander Singh Chand Singh.

"Kami tidak dibenarkan bertemu Anwar kerana mengikut peraturan, hanya ahli keluarga dan peguam yang dibenar bertemu beliau.

"Sekalipun kami menerima penjelasannya, kami tidak berpuas hati," kata Johari.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS