Sebagai tanda protes terhadap penahanan dua wakil rakyat, semua ADUN Pakatan Rakyat Perak hari ini memakai pakaian berwarna hitam sewaktu pembukaan sidang DUN pagi ini.

Dua wakil rakyat itu ADUN Simpang Pulai Tan kar Hing dan ADUN Teja Chang Lih Kang yang ditahan Khamis lalu dan ditahan reman sehingga semalam.

“Sebagai ADUN, biasanya kami memakai seragam pertama, yang mana berwarna putih sewaktu menghadiri majlis pembukaan.

"Tetapi kami mahu menyuarakan kekecewaan (berhubung penahanan itu) oleh itu kami memakai pakaian hitam," kata ADUN Pasir Pinji Howard Lee Chuan How kepada Malaysiakini.

Menurut Lee, seramai 26 daripada 28 ADUN Pakatan Perak daripada PKR, PAS dan DAP, hadir untuk menunjukkan solidariti kepada Tan dan Chang.

Bagaimanapun, Lee berkata kedua-dua pemimpin itu tidak dapat menghadirinya kerana sedang menguruskan urusan jaminan sebanyak RM2,000 seorang.

[Baca berita asal]