Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kamaludin diarah dengar saman Najib ke atas Mkini

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin mengekalkan Hakim Mahkamah Tinggi Seremban,  Datuk Kamaludin Md Said untuk pendengaran kes saman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas Malaysiakini.

Pegawai khas II kepada Zulkefli, Shazali Hidayat Shariff, dalam satu surat bertarikh 16 Mac menyatakan bahawa Kamaludin menangani pengurusan kes tersebut sejak awal lagi.

Malaysiakini sebelum ini membangkitkan bahawa kes itu belum lagi dimulakan selepas Hakim Kamaluddin dipindahkan dari Kuala Lumpur ke Seremban, awal tahun ini.

Hakim Kamaluddin sebelum ini mengetuai bahagian perbicaraan dan rayuan di Pejabat Peguam Negara.

Susulan surat Shazali, peguam Malaysiakini dari firma Kandiah Partnership mengutuskan satu surat kepada Hakim Zulkefli, bertarikh semalam, untuk membangkitkan bahawa Hakim Kamaluddin tidak pernah terlibat dalam pengurusan kes ini.

Kes berkenaan sebelum ini ditangani oleh seorang timbalan pendaftar dan kesemua rayuan berhubung kes tersebut hanya berakhir pada hujung Februari lalu.

Kandiah Partnership juga menyatakan bahawa Najib dan setiasaha kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusoh tidak pernah memohon agar kes tersebut dipercepatkan.

Malah, portal ini juga memberi lebih banyak masa kepada mereka untuk menjawab tuntutan balas Malaysiakini .

“Arahan bagi Hakim Kamaludin mendengar saman itu sangat aneh dan luar dari kebiasaan dalam mana-mana kes.

“Mungkin Hakim Zulkefli mungjin tidak menerima fakta di atas dan ini menunjukkan bahawa tiada alasan bagi mahkamah menyimpang dari amalan biasa.

“Maka, kami berharap akan mendapat jawapan yang cepat ke atas perkara itu,” surat dari firma Kandiah Partnership dipetik.

Mengikut amalannya, Hakim Besar Malaya menyelia kes yang ditangani oleh hakim di semenanjung Malaysia.

Satu salinan surat tersebut turut diserahkan kepada Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Azahar Mohamed, yang merupakan hakim pengurusan bagi kes sivil.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS