Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Lebih 10 orang aktivis kembali ke ibu pejabat Jabatan Kastam Wilayah Persekutuan hari ini, seminggu selepas mereka ditahan di lokasi sama kerana menuntut jawapan berhubung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Kali ini, mereka muncul untuk menyatakan rasa tidak puas hati dengan jawapan bagi 106 soalan tersebut.

Menurut kumpulan itu, jabatan kastam masih belum menjawab sebanyak 17 daripada soalan berkenaan.

Pasukan polis yang dilengkapi dengan unit anjing pengesan dan pencegah rusuhan turut berada di lokasi tersebut untuk mengawasi keadaan.

Namun, para aktivis itu kali ini hanya muncul dengan membawa jambangan bunga sebagai tanda bahawa mereka datang secara aman.

Seramai kira-kira 100 orang aktivis berhimpun di perkarangan pejabat tersebut pada hari Isnin lalu apabila tidak berjaya mendapat jawapan dari pusat penerangan GST jabatan itu.

Pasukan polis seterurnya menahan seramai 80 orang berhubung kesalahan menceroboh.

Beberapa orang aktivis juga mendakwa dikasari dalam kejadian itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS