Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pakatan Rakyat akan hanya memutuskan siapa yang akan mengambil alih peranan ketua pembangkang yang kini disandang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
 
"Kami akan buat keputusan mengenai ketua pembangkang selepas pilihan raya kecil," kata ketua whip DAP, Anthony Loke kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat hari ini.
 
Dalam sidang akhbar yang diadakannya bersama pemimpin Pakatan lain termasuk ketua whip PAS, PAS Mahfuz Omar dan ketua whip PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, mereka juga berkata keputusan mengenai calon kerusi Permatang Pauh itu, akan diputuskan oleh PKR.
 
"Konsensus dalam Pakatan ialah PKR akan buat keputusan mengenai calon pilihan raya kecil Permatang Pauh," kata Loke.
 
Ketiga-tiganya juga mempertikaikan 'keputusan' Lembaga Pengampunan hari ini, yang menurut mereka hanya akan menjadi "rasmi" apabila keluarga Anwar menerima surat dari Yang di-Pertuan Agong.
 
Loke yang juga MP Seremban berkata, keputusan itu perlu melalui keluarga Anwar terlebih dahulu dan sehingga mereka mendapat jawapan rasmi, tiada apa yang disahkan lagi.
 
Pada hari Jumaat, dilaporkan bahawa Lembaga Pengampunan telah melupuskan petisyen itu dan ketua pembangkang itu akan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen.
 
Bagaimanapun, mahkamah telah menetapkan hari ini untuk mengesahkan keputusan lembaga tersebut.
 
 

Lihat Komen
ADS