Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon menganggap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah keterlaluan dalam kritikannya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Menjawab dakwaan Mahathir yang sokongan orang ramai terhadap Najib telah terhakis, Chong (kanan) berkata, fakta yang ada menunjukkan sebalikya.

"Itu keterlaluan," kata Chong. "(Hanya) jika (beliau) boleh beri statistik untuk membuktikannya."

Chong berkata, Mahathir nampaknya telah mengabaikan hakikat bahawa di bawah kepimpinan Najib, BN telah memperlihatkan peningkatan prestasi yang ketara ketika pilihan raya kecil Kajang dan Teluk Intan.

"Saya rasa kita perlu memberikan Najib peluang, beliau telah berusaha sangat kuat," katanya sambil menambah, apa yang penting ialah bahawa Najib mendapat sokongan BN.

Menurutnya, tidak ada keperluan untuk Najib sentiasa menjawab kritikan mengenai dakwaan berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB), pembelian jet peribadi baru, gaya hidup keluarganya dan berkaitan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu.

"Beliau sudah banyak kali menjelaskannya. Sebagai perdana menteri, beliau tidak perlu menjawab isu-isu itu setiap hari, tetapi mentadbir negara dengan berkesan," katanya.

[Baca berita penuh/asal]