Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wartawan 'Mama Juwie' meninggal dunia
Diterbitkan:  Apr 4, 2015 7:22 AM
Dikemaskini: Apr 4, 2015 2:41 AM

Wartawan hiburan terkenal 'Mama Juwie' atau nama sebenarnya Abdul Jalil Salleh, 62, meninggal dunia akibat kanser usus di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di ibunegara semalam.

Adik Mama Juwie, Osman Salleh ketika dihubungi Bernama berkata abangnya meninggal dunia pada 10.41 malam.

"Arwah tidak sedarkan diri setelah menjalani pembedahan usus kali kedua semalam dan pembedahan pertama dijalankan pada 23 Mac lepas," katanya.

Beliau berkata Allahyarham menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi HUKM selama 12 hari, setelah menjalani pembedahan pertama itu.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah kakaknya di Selayang Baru dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selayang hari ini, katanya.

Mama Juwie yang berasal dari Singapura merupakan anak keenam daripada lapan beradik dan pernah menulis lirik lagu popular era 80-an, termasuk 'Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hati Mu', 'Cinta Hanyut Di Lautan Sepi' dan 'Bila Rindu Ku Sebut Nama Mu'.

Beliau memulakan kerjaya sebagai wartawan hiburan di Berita Harian, sebelum menyertai Utusan Malaysia dan dilantik sebagai Pengarang Majalah Mangga terbitan Utusan Karya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS