Lelaki yang anaknya dikatakan cuba membunuh diri selepas terlibat dalam kes perebutan agama, menolak laporan akhbar berbahasa Melayu yang mendakwa dia mendapat bantuan daripada Baitulmal.

S Ganesan, bapa kepada G Thiyaggurudeen yang meminum racun paraquat bulan lalu, berkata telah membuat laporan polis terhadap harian itu kerana laporan “palsu”.

“Terdapat artikel yang menteri besar Negeri Sembilan berkata saya terima bantuan  Baitulmal daripada negeri.

"Artikel itu palsu,” kata Ganesan kepada Malaysiakini.

Dia merujuk kepada laporan bertarikh 5 April yang melaporkan reaksi Mohamad Hassan dalam kes dikatakan cubaan membunuh diri itu.

Laporan tu menyebut bahawa kanak-kanak itu dan bapanya seorang Islam dan bapanya mendapat bantuan Baitulmal.

Ganesan itu berkata harian itu sebelum ini melaporkan artikel lain memetik Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) sebagai berkata dia penerima zakat.

[Baca berita asal]