Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bumbung dewan makan kolej vokasional runtuh
Diterbitkan:  Apr 8, 2015 7:39 PM
Dikemaskini: 11:44 AM

Sebahagian bumbung dewan makan Kolej Vokasional Bukit Minyak, di Bukit Mertajam runtuh malam tadi.

    

Ketika kejadian pada 8.30 malam itu, pelajar telah selesai menikmati makan malam dan hanya terdapat seorang lelaki iaitu pembantu dewan yang sedang berehat dan dilapor cedera ringan.

    

Setiausaha Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Rozali Mohamod berkata siasatan berhubung punca kejadian itu kini dijalankan Jabatan Kerja Raya Seberang Perai Tengah (JKR SPT) bersama pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan Jabatan Pelajaran Negeri.

    

"Setakat ini punca kejadian tidak diketahui dan pihak berkenaan sedang menjalankan siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi di Bukit Mertajam hari ini.

    

Sementara itu, sumber berkata bumbung berkenaan runtuh dipercayai kerosakan pada kerangka bumbung dewan makan asrama itu yang dimakan anai-anai.

Beliau berkata dewan makan berusia kira-kira 14 tahun itu digunakan 1,000 pelajar lelaki dan perempuan yang tinggal di empat asrama kolej berkenaan.

    

Jurucakap JKR Pulau Pinang berkata jurutera JKR dan pihak MPSP telah meninjau keadaan bangunan dewan makan itu dan kini dalam proses menyiapkan laporan awal berhubung kejadian berkenaan.

    

Katanya laporan berkenaan dijangka dikeluarkan paling awal esok dan pihaknya akan mengambil tindakan susulan selepas itu.

    

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS