Seramai 2,000 kakitangan Perbadanan Pembangunan Pertanian Perak (SADC) akan menerima bonus sehingga empat bulan gaji pada hujung bulan ini bergantung kepada penilaian prestasi dan perkhidmatan masing-masing.

 

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pemberian imbuhan itu berdasarkan perkembangan kewangan perbadanan itu yang memberangsangkan.

"Pemberian bonus ini bergantung kepada prestasi setiap kakitangan. Mungkin ada kakitangan yang dapat bonus selama sebulan, dua bulan dan ada juga yang empat bulan," katanya selepas Mesyuarat Lembaga Pengarah SADC diIpoh

hari ini.

Dalam perkembangan lain, Zambry berkata pada tahun lepas perbadanan itu meraih keuntungan bersih sebanyak RM39 juta daripada sasaran sebanyak RM42 juta.

"Alhamdulillah meskipun pada 2014 kita menghadapi beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan seperti kemarau dan banjir ia juga telah memberi kesan kepada hasil perbadanan.

Berkat perancangan yang baik, perbadanan memperolehi pencapaian 92.8 peratus dan dari segi keuntungannya kita masih mendapat keuntungan bersih sebanyak RM39 juta," katanya.

- Bernama