KiniTV cecah rekod 8.6j tontonan pada bulan Mac
Penyedia TV Internet - KiniTV - terus memecahkan rekod demi rekod, sejak penubuhannya pada tahun 2013. Ia mencatatkan 8.6 juta tontonan video pada bulan Mac, mengatasi rekod 7.21 juta sebelum ini sewaktu pilihan raya umum pada 5 Mei 2013.
KiniTV mencatatkan 30 juta tontonan video pada tahun 2013 dan jumlah itu meningkat sebanyak satu pertiga pada 2014 kepada 40 juta.
Pada suku pertama 2015, KiniTV telah pun melepasi separuh daripada aras 20 juta. Dianggarkan KiniTV mampu mencapai lebih daripada 60 juta tontonan pada tahun 2015.
Ia sebelum ini dikenali sebagai Malaysiakini.tv. Ia menyaksikan pertumbuhan tontonan luar biasa sejak penjenamaan semula pada bulan Januari 2013.
KiniTV, menurut Google Analytics, menarik lebih 507,000 pelawat unik ke laman utama dan 2.3 juta pelawat unik mudah alih pada bulan Februari.
Menurut sumber industri, KiniTV hampir setanding dengan peneraju pasaran, Astro Awani.
KiniTV juga telah memenangi beberapa anugerah, termasuk penonton ketiga terbesar serta bagi saluran YouTube ketiga paling pesat berkembang di Malaysia, menurut pemantau media sosial, Socialbakers.
Socialbakers juga meletakkan KiniTV di tempat ketiga dalam jumlah tontotan video dengan kira-kira 149 juta tontotan video - rapat di belakang Astro Gempak dan Les 'Copaque Production yang menghasilkan siri animasi yang sangat popular 'Upin & Ipin' .
Dikehendaki: Produser, wartawan
Pertumbuhan yang luar biasa itu dicapai hanya dengan seramai 14 kakitangan, yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yong Kai Ping dan ketua bahagian kandungan, Tham Seen Hau.
"KiniTV telah berjaya mencapai tahap tontotan yang luar biasa dan telah merevolusikan produksi video Internet sejak dua tahun lalu, terutama 'breaking news'. Matlamat kami ialah untuk menjadikan KiniTV sebagai laman TV Internet terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara," kata Yong.
"Program berita terbaru kami dalam tiga bahasa - Inggeris, Melayu dan Cina - telah mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton yang mahu kami menyiarkannya setiap jam sepertimana BBC dan CNN."
Berikutan peningkatan jumlah tontonan, KiniTV juga sedang memperluaskan lagi programnya dengan menghasilkan program lain seperti mengenai perniagaan dan temu bual dengan usahawan, program wanita, acara kebudayaan dan persembahan kesenian, pelancongan dan warisan, sukan dan juga mengenai gaya hidup.
"Kami sedang mencari penyumbang kandungan yang berkualiti dan bersedia untuk menawarkan studio tercanggih kami seluas 1,000 kaki persegi dan pangkalan penonton yang besar, untuk berkembang bersama-sama," kata Yong.
Untuk mengembangkan lagi bahagian popular bahasa Inggeris dan Melayu, KiniTV sedang mencari lebih ramai produser dan wartawan.
Pemohonan hendaklah menghantar kepada shamini@malaysiakini.com.

