Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dua wanita keracunan kes air pasang merah
Diterbitkan:  Apr 13, 2015 6:35 PM
Dikemaskini: 10:40 AM

Dua kes keracunan kerang-kerangan paralitik (PSP) dilaporkan di Labuan berikutan fenomena air pasang merah di perairan pulau berkenaan, sejak awal bulan ini.

Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismail Ali berkata dua wanita tempatan berumur 59 dan 36, di Sungai Miri disahkan mempunyai gejala PSP dan telah dirawat sebagai pesakit luar pada Khamis.

"Mereka telah disahkan mempunyai simptom berkenaan selepas makan makanan laut dan dinasihatkan supaya segera melaporkan kepada hospital jika simpton berkenaan berterusan," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata gejala awal termasuk kesemutan bibir dan sakit kepala yang teruk dan boleh menyebabkan lumpuh pada dada pesakit dan otot perut yang boleh menyebabkan kematian dalam tempoh dua hingga 23 jam.

Beliau berkata penduduk kampung yang tinggal berhampiran kawasan pantai mesti mengelak daripada memakan sebarang jenis kerang-kerangan atau plakton berinjap dua segera.

Air pasang merah dinamakan selepas warna kemerahan yang dihasilkan plankton bertoksin dan hidupan laut tertentu yang memakan plankton yang tercemar sekali gus menyebabkan kematian di Sabah pada awal 1980-an.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS