Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata sambutan yang diterima oleh gerakan Kita Lawan tidak mencapai tahap seperti gerakan Reformasi, 1998.

“Perhimpunan Kita Lawan di depan Sogo, saya fikir tidak lebih daripada 2,000 orang. Semasa Reformasi, puluhan ribu bergerak ke Dataran Merdeka.

“Kita Lawan bukan apa sangat jika dibandingkan (dengan Reformasi),” katanya dalam satu syarahan di Universiti Multimedia di Cyberjaya.

Katanya lagi, Kita Lawan tidak akan berjaya melunturkan sokongan orang ramai pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Begitu juga keadaannya semasa Reformasi yang disasarkan untuk menghakis sokongan pada perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perhimpunan Kita Lawan pada 7 Mac menarik penyertaan 10,000 orang, yang menuntut agar Najib meletak jawatan dan supaya ketua pembangkang Datuk Seri Najib Razak dibebaskan.

Sokongan ke atas pergerakan itu semakin merosot, dengan hanya 500 orang berarak ke KLCC pada 28 Mac bagi “meraikan” perkahwinan anak Najib.

Kita Lawan kini menganjurkan program jelajah di seluruh negara untuk mempromosi penyertaan ke perhimpunan 1 Mei bagi membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Khairy membandingkan Kita Lawan dan Reformasi apabila ditanya sama ada beliau menyokong Mahathir atau Najib.

Jelasnya lagi, beliau tetap menyokong Mahathir walau puluhan ribu membanjiri Kuala Lumpur saban minggu.

“Adakah situasinya sama pada hari ini? Ya, ada demonstrasi jalanan, tetapi tidak boleh dibandingkan dengan Reformasi.

“Saya sokong perdana menteri Najib,” katanya lagi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS