Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bagi pemberita yang sering membuat liputan di mahkamah, kelibat Karpal Singh keluar dan masuk mahkamah perkara biasa untuk disaksikan.

Bagaimanapun, setelah setahun pemergian peguam kanan dan ahli politik terkenal itu, mahkamah seluruh negara terasa kosong sehingga ke hari ini – daripada Kuala Lumpur, Shah Alam, Melaka hinggalah mahkamah rayuan dan persekutuan di Putrajaya.

Hari ini genap setahun pemergian mendiang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Perak.

Bagi pemberita mahkamah, kes diwakili Karpal atau bertemu dengannya saat yang tidak terlupakan.

Walaupun berkerusi roda sejak 2005, juga akibat kemalangan, Karpal sentiasa ramah dan tabah melayan soalan pemberita.

Kadangkala, apabila sesuatu kes itu sukar difahami, Karpal akan membantu menerangkan perkara itu satu persatu, termasuk menunjukkan nota atau penghujahannya bagi membantu.

Beliau malah pernah menelefon penulis sendiri untuk memaklumkan bahawa penghakiman penuh kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu di Mahkamah Tinggi Shah Alam sudah tersedia.

Peguam luar biasa

Hasilnya, Malaysiakini menjadi pihak pertama menyiarkan laporan berhubung perkara itu.

Karpal dan firma guamnya menjadi pemerhati untuk keluarga Shaariibuu dan beliau pernah memberikan penulis salinan penghakiman berkaitan kepada penulis di pejabatnya di Pudu, Kuala Lumpur.

Ini menjadikannya satu-satunya peguam yang sangat bermurah hati memberikan salinan penghujahannya kepada pemberita yang membuat liputan kes-kes diwakilinya.

Karpal justeru akan terus dikenang, bukan sahaja sebagai seorang wakil rakyat, tetapi juga peguam yang luar biasa.

Karpal juga sentiasa menelefon kembali jika pesanan ditinggalkan kepada pembantunya Michael Cornelius yang terkorban bersama-samanya dalam kemalangan.

Beliau sentiasa disiplin melakukannya walaupun diketahui jadual hariannya sangat padat.

Begitulah Karpal sebagai seorang manusia biasa.

[Baca rencana penuh]

Lihat Komen
ADS