Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tokoh Melayu 25 kecam demo antisalib
Diterbitkan:  Apr 21, 2015 11:45 AM
Dikemaskini: 3:48 AM

Kumpulan 25 Melayu terkemuka mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap peserta demonstrasi yang mahu lambang salib diturunkan daripada bangunan gereja.

Menurut mereka, jika tindakan tidak diambil, kumpulan ekstremis agama seperti digalakkan percaya bahawa tiada masalah untuk menekan rakyat Malaysia berbeza agama.

"Ia juga menjadi bukti kukuh kepada masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia bukan lagi sebuah negara yang diperintah berasaskan keharmonian kaum dan kebebasan beragama diamalkan," kata kumpulan itu dalam kenyataan.

Menurut mereka, insiden yang berlaku hampir dengan isu garis panduan hiburan dikeluarkan Jabatan kemajuan Islam Malaysia (Jakim), akan memberi kesan serius terhadap ekonomi negara dan menakutkan pelabur dan pelancong luar.

Kumpulan itu juga menyifatkan bantahan di Taman Medan itu juga "perbuatan jijik tanpa tolak ansur dan taksub” terhadap tempat ibadat agama lain.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS