Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mohamed Morsi dipenjara 20 tahun
Diterbitkan:  Apr 21, 2015 8:43 PM
Dikemaskini: 12:47 PM

Mahkamah di Mesir menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas bekas presiden negara itu Mohamed Morsi dan 12 yang lain.

Beliau didapati bersalah kerana memberi arahan menahan dan menyeksa peserta demonstrasi yang bertembung di luar istana presiden pada Disember 2012, lapor Aljazeera.com hari ini.

Laporan itu menyebut, mahkamah membebaskan beliau daripada tuduhan membunuh, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Laporan memetik wartawan Mesir, Yehia Ghanem, menyebut kerajaan Mesir telah menghantar mesej kepada rakyat republik itu bahawa mereka tidak akan bertolak ansur kepada pembangkang.

"Semuanya telah dikira bersifat politik dari awal. Ia menghantar mesej kepada rakyat Mesir dan seluruh dunia yang tidak ada masa depan bagi mana-mana undang-undang sivil," kata Ghanem seperti dilapor portal berita itu.

Morsi digulingkan oleh Ketua Tentera dan Menteri Pertahanan ketika itu Abdel Fattah el-Sisi selepas protes besar-besaran terhadap pemerintahan beliau (el-Sisi) pada musim panas 2013.

Susulan peristiwa rampasan kuasa itu, penyokong bekas presiden itu melancarkan siri protes duduk bantah di seluruh negara yang mendorong penangkapan oleh pihak keselamatan yang turut mengorban ratusan nyawa.

Dalam insiden berdarah tu, sekurang-kurangnya 817 peserta demonstrasi terbunuh di Dataran Rabaa al-Adawiya di Kaherah apabila pihak keselamatan melepaskan tembakan terbuka dalam protes duduk bantah itu.

Sebuah badan pemantau hak asasi Human Rights Watch (HRW) menyifatkan pembunuhan itu dianggap sebagai "jenayah kemanusiaan".

Ribuan rakyat dipenjara, ramai penyokong Morsi diheret ke mahkamah dan berdepan tuduhan terlibat dalam kekerasan.

Sekurang-kurangnya 1,212 orang dijatuhkan hukuman mati sejak awal 2014 termasuk Ketua Ikhwan Muslimin Mohamed Badie.

Lihat Komen
ADS