Pihak gereja di Taman Medan, yang menjadi sasaran sekumpulan penduduk yang mendesak salib diturunkan daripada premis itu, hari ini memohon perlindungan keselamatan daripada polis.

Dalam laporan polis pihak gereja itu, seorang pastor berkata beliau berasa takut dan terutama keselamatan jemaah selepas salah seorang penunjuk perasaan yang didakwanya bertindak dengan berang sewaktu beliau bertemu dengan mereka.

Dalam laporan polis yang diperolehi Malaysiakini , pastor tersebut memohon kehadiran pihak polis berada di kawasan sekitar rumah ibadat itu kerana takut berlaku kejadian yang tidak diingini kepadanya dan jemaah.

[Baca berita asal]