Banduan Indonesia akhirnya ditembak mati
Indonesia hari ini mengesahkan pihak berkuasa menjalankan hukuman mati terhadap lapan banduan yang sebelum ini disabitkan kesalahan dadah selepas ia tertangguh begitu lama.
Pegum Negara Indonesia, Muhammad Prasetyo berkata, hukuman itu dijalankan serentak oleh 13 anggota penembak tepat di Penjara Nusakambangan di Cilacap, Jawa Tengah sejurus selepas tengah malam.
"Hukuman itu berlangsung dengan jaya dan sempurna. Tiada (tembakan) yang gagal terkena sasaran," katanya.
Mayat mereka dilihat dibawa kenderaan jenazah pada awal pagi ini untuk diserahkan kepada waris sebelum dikebumikan.
Menurut sumber, ada dua kumpulan kenderaan keluar dari penjara itu.
Hukuman mati ke atas wanita Filipina, Mary Jane Fiesta Veloso ditangguhkan.
Muhammad Prasetyo berkata, hukuman itu perlu dijalankan sebagai sebahagian daripada "perang" negara itu ke atas dadah.
Dua daripada banduan terbabit ialah warga Australia, empat Nigeria dan masing-masing seorang rakyat Brazil dan Indonesia.

