Bukan isteri Liong Sik beri pil pada Chong Wei
Siapa isteri VIP itu? Bukan Rosmah dan bukan isteri Liong Sik.
Isteri kepada bekas menteri pengangkutan Ling Liong Sik pula menafikan bertanggungjawab memberikan bahan terlarang kepada jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei.
Ong Ee Nah menafikan sebarang penglibatan dalam kes itu, yang menyaksikan Lee digantung daripada beraksi sehingga lapan bulan.
China Press melaporkan Ong sebagai berkata beliau tidak harus dikaitkan hanya kerana beliau bermain badminton dan menjadi rakan baik kepada Lee.
Ong menafikan memberi pil cordyseps yang didapati mengandungi bahan terlarang oleh Persekutuan Badminton Dunia (BMF).
Semalam, ketika spekulasi makin rancak, Lee menafikan isteri perdana menteri Rosmah Mansor yang memberikan pil cordyseps yang mempunyai bahan terlarang dexamethasone.
Memetik laporan BMF, seorang isteri seorang “lelaki amat berpengaruh” memberikan ubatan herba itu kepada Lee, lapor Reuters.
Penafian Lee semalam dilihat akan menghentikan spekulasi bahawa Rosmah, penyokong kuat Lee, merupakan isteri orang kenamaan yang dimaksudkan itu.

