Pengundi dalam parlimen Rompin diminta mengundi calon PAS dalam usaha meningkatkan jumlah anggota parlimennya yang akan menyokong pelaksanaan hudud.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata mempunyai wakil rakyat PAS dalam parlimen memberi laluan kepada rang undang-undang persendirian berkaitan hudud dibentang oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mendapat sokongan.

"(Ia) satu usul dibentang di Parliamen yang kita perlukan sokongan. Bagi Enakment Jenayah Syariah Kelantan, Akta 335 yang akan dibawa oleh Presiden (Datuk Sri Abdu) Hadi Awang ke parliamen. Kita perlu undi tersebut.

"(Cuba) tuan-tuan bayangkan, kalau wakil rakyat yang tuan-tuan pilih bangun menyokong undang-undang Allah," katanya sewaktu majlis Himpunan Derita Rakyat (Hindar) 2.0 di Muadzam Shah yang dihadiri kira-kira 600 orang, malam tadi.

Pilihan raya kecil Rompin akan berlangsung esok. BN mempertaruhkan bekas timbalan menteri besar Datuk Hasan Arifin manakala PAS pula mencalonkan Ketua Pemuda PAS Pahang Nazri Ahmad.

[Baca berita asal]

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen (0)
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS