Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Apakah pengundi Rompin cuba menghantar sesuatu mesej kepada Putrajaya dan BN? Mungkin, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Husein.

"Seperti apa yang Menteri Besar Pahang Datuk Adnan Yaakob katakan sebelum ini, keputusan yang kita lihat di sini, mungkin ada sesuatu yang kerajaan perlu ambil kira.

"Tetapi apa yang penting ialah kita menang," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan pilihan raya (PRK) Rompin.

Beliau menjawab soalan mengenai sama ada isu-isu yang dibangkitkan oleh PAS, terutamanya pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang tidak popular, memberi kesan terhadap PRK itu.

Terdahulu, Adnan memberitahu pemberita bahawa peratusan keluar mengundi yang lebih rendah adalah kerana cuti panjang pada hujung minggu dan ramai yang tidak menunggu untuk mengundi.

Beliau berkata, pihaknya juga memahami bahawa rakyat menghantar mesej tertentu kepada kerajaan, di peringkat negeri dan pusat.

Adnan berkata, pihaknya akan mengambil perhatian terhadap perkara (mesej) itu.

Ditanya sama ada beliau merujuk kepada GST, Adnan berkata isu mengenai GST dan mengenai Felda memberi kesan kepada kalangan pengundi.

Beliau berkata pihanya perlu menangi isu-isu tersebut dan menambah bahawa kerajaan pusat boleh berbuat sesuatu mengenainya.

Pilihan raya kecil Rompin menyaksikan majoriti BN merosot sebanyak 40.8 peratus.

Pada tahun 2013, penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis memperolehil 30,040 undi manakala calon BN kali ini, Datuk Hasan Arifin hanya mendapat 23.796 - merosot 20.8 peratus.

Bagaimanapun, jumlah undi untuk PAS hampir tidak berubah, iaitu 14,901 undi.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS