'Terima kasih sudi terima Kak Wan...'
Diterbitkan: May 7, 2015 11:40 PM | Dikemas kini: May 7, 2015 11:42 PM
"Terima kasih sudi menerima Kak Wan kembali berbakti. "Saya percaya Anwar akan merasakan betapa terhutang budinya dia kepada rakyat Permatang Pauh."
Dengan nada sebab, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan terima kasih kepada pengundi selepas diumumkan memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh malam ini.
PKR berjaya mengekalkan kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti 8,841 undi.
Majoriti itu menurun berbanding berbanding dengan 11,721 undi yang diperolehi Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang lalu.
Wan Azizah mengalahkan calon BN Suhaimi Sabudin yang memperolehi 21,475 undi, calon bebas Salleh Isahak (367 undi) dan calon PRM Azman Othman Shah (101 undi).

