Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
IGP: Daftar pesalah seks 'bertindih'
Diterbitkan:  May 8, 2015 1:17 PM
Dikemaskini: 5:22 AM

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, daftar penjenayah sedia ada sudah memadai untuk menyenaraikan pesalah sedia ada, termasuk melibatkan kesalahan seks.

Oleh itu, pengenalan satu daftar baru untuk pesalah seks akan menyebabkan pertindihan rekod, katanya seperti dilaporkan The Malay Mail Online.

"Tiada masalah bagi kami, tapi seperti saya sebut, kita sudah ada daftar penjenayah, jadi tujuannya sama dengan daftar pesalah seks,” katanya seperti dipetik portal itu.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Abu Hanifah Aman semalam yang mencadangkan agar daftar pesalah seks diwujudkan.

Menurutnya, ia akan membolehkan polis memantau pesalah seperti itu dengan lebih teliti.

Anifah mencadangkan demikian susulan kes pelajar Malaysia, Nur Fitri Azmeer Nordin yang dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan oleh mahkamah London kerana menerbitkan dan memiliki bahan lucah kanak-kanak.

Nur Fitri merupakan pelajar jurusan matematik di Imperial College, London bawah tajaan MARA.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS